Khamis, 17 November 2016

BORING
Assalammualaikum  dan salam sejahtera.....
                Minggu ni 18/11/2016- kerja yang membosankan dan dah macam tak de mood nak kerja.
Semua rancangan tak dapat dijalankan dengan baik. Bila mohon bajet latihan 2017 dapat separuh dan pembayaran levi HRDF pun masih tersangkut aduh.
                Sirim Audit ISO 9001:2008 dah lama lepas payment masih sangkut lepas tu du menyalak mana sijil terbaru ISO 9001:2008. Payment boss belum bayar. Saya pun guna la ayat yang bos sentiasa guna 'dah lama cakap dari enam bulas lepas siap bagi invois lagi', berubah muka.
               Kekandang rasa nak saja ku report kepada jabatan Alam sekitar, tapi duk fikir staf lain cancel juga akhirnya.
               Sesiapa pernah dengar produk patuh syariah. Bukan pengurusan syariah tapi produk patuh syariah bukan produk halal. Tapi dari segi nak menghalalkan produkla tu. Saya bukanlah penentang produk muslimin tapi nak menghalalkan produk itu mestilah mengikut susun atur yang sebenarnya dari badan yang di iktiraf oleh jabatan agama islam bukannya dari badan yang tidak di iktiraf.
              Apa-apa pun biarlah bos yang buat tafsiran dia.Janji aku kerja dibayar gaji. Tapi terkilan juga rasa macam ada yang tak kena. Mengunakan Islam lebih untuk keuntungan bukan untuk kebaikan dan matlamat miqasid syariah itu sendiri. Tak taula sebab saya tak begitu araf dengannya. Tapi kefahaman miqasid syariah itu adalah untuk menjaga waris keturunan, agama islam dan harta itu sendiri dari segi halal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan